cerita seorang stranger

seorang stranger itu,
datangnya ketika suram
hulurkan tangan
buat aku kembali terang.
malangnya,
seorang stranger itu
cuma watak part time
hadirnya cuma
menambah kelam
cahayanya terlalu terang
tak terpandang
menyakitkan setiap urat saraf mata yang memandang
hampir buta.
seorang stranger itu,
kini pergi
berlalu membawa cahaya
meninggalkan kesan gelap derita.

tak mengapa

aku punya sekeping hati
hati aku ini kecil saja
tak sebesar mana
ya , kecil sahaja
mungkin lebih kecil dari genggaman tangan engkau


dan sekeping hati ini
yang kecil
yang rapuh
yang penuh parut lukanya
yang patahnya bersambung
yang retaknya telah berkali
yang luka lamanya ada yang masih berdarah
sanggup kau carik lagi
kau siat
kau lanyak
kau tikam
dan kau pijak tanpa belas

tapi tak mengapa
sekeping hati ini
masih cuba untuk gagah
cuba mencantum kembali cebisannya
walaupun cuma menunggu masa untuk mati.



aku ini rasa apa

aku.

rasa yang entah apa
kosong ?
bukan juga
ada sedikit rindu terselit di dada
juga ada cengkaman
yang mencengkam pada jiwa rapuh aku
mahu ditahan tak termampu
ingin dilepas tapi tak keluar

siksa.
sakit.
perit.
sengsara.

aku tak terdaya
rasa apa begini ?

celaka.
pergi mampus

*17 oktober

biar saja

biar
biar saja jadi apa
biar saja hilang rasa
biarkan luluh dimamah diratah
biarkan semua
jangan cuba engkau persoalkan lagi
aku dan engkau
kini sudah tak seperti dulu

kau
teruskan dengan ego engkau
hati aku
usah kau peduli
luka parah
biar aku ubat sendiri



*17 oktober
malam jiwa kacau bilau

hati tisu

hati ini
macam tisu

cuit sini
tarik sana

rabak terbarai

28 ogos 2013

tak tahu

mungkin
di mata manusia
kita seperti bahagia
bercinta macam gila
kau gilakan aku
dan aku
gilakan kau

namun hakikatnya
hanya kita berdua yang tahu
lisan kadangkala
tak selari dengan naluri hati
aku cuba
cuba untuk menghalang
rasa yang kian bercambah
rasa yang kian mencengkam
seperti mahu meletup jantung
aku masih cuba menahan

tetapi
apalah mampu aku
rasa ini seakan tidak tertahan
rasa aku
rasa yang gilakan dia

11 okt 13

sakit aku

kosong
hampa
sakit
pedih
terhiris
terluka
tersiksa

sungguh aku tak berdaya lagi
aku cuba untuk kuat
senyum dengan keterpaksaan
namun semuanya kepalsuan sahaja
manik halus menitik juga dari tubir mata
jatuh melalui pipi lalu aku seka perlahan-lahan
kalah dengan semuanya
realiti itu sakit sekali
kebenaran itu pedih
terpaksa ditelan walaupun pahit
hadapi walaupun sukar
lalui juga walau penuh rintangan

seakan mahu berhenti bernafas
degupan jantung bagai terhenti seketika
hati rasa dicarik-carik
jiwa sengsara bagaikan disiksa
dada sesak seolah olah dihimpit rasa

sungguh tak pernah disangka
tak pernah terduga
semuanya terjadi
semua perasaan hilang , melayang entah kemana.

13 nov 2012

tentang rasa

tentang rasa
hanya tentang rasa
rasa yang masih terpendam
rasa yang tak siapa tahu
rasa yang tak bisa terluah oleh perasaan
rasa yang tak terungkap dengan kata-kata

biarkan
usah dikacau rasa itu
mungkin untuk kali ini
dan mungkin juga untuk nanti
rasa itu kan terus terpendam
siapa kita untuk menghalangnya
cuma manusia biasa yang punyai jasad dan juga roh

6 nov 2012

Dah kenapa ?

hati buat kacau
jiwa tak tenteram
fikiran pun nak bercelaru
dah kenapa ?

sungguh tak faham.
adakah hati tercuit dengan kata kata ?

mungkin hanya mainan akal
usah dilayan imaginasi tak sudah
mulut manusia banyak perasa nya
dengar boleh , percaya jangan.

5 okt 2012

sakit rindu























sekian

sekian kalinya
datang gila mahu menulis lagi.

blog yang ketiga--

semoga bertahan.