tak tahu

mungkin
di mata manusia
kita seperti bahagia
bercinta macam gila
kau gilakan aku
dan aku
gilakan kau

namun hakikatnya
hanya kita berdua yang tahu
lisan kadangkala
tak selari dengan naluri hati
aku cuba
cuba untuk menghalang
rasa yang kian bercambah
rasa yang kian mencengkam
seperti mahu meletup jantung
aku masih cuba menahan

tetapi
apalah mampu aku
rasa ini seakan tidak tertahan
rasa aku
rasa yang gilakan dia

11 okt 13

No comments:

Post a Comment