sebenarnya aku
masih mengutip lara di jiwa
untuk aku buang jauh dan hilang
sebenarnya aku
masih terasa sakit dahulu
ketika mana hati tertikam dalam
sebenarnya aku
masih cuba mengubat parut luka
kesan hirisan yang engkau tak sengajakan
sebenarnya aku
masih keliru dengan rasa sendiri
di masa engkau ada dan tiada
sebenarnya aku
taktahu apakah aku masih mahu
taktahu apakah aku masih perlu
kamu.
-MSA
No comments:
Post a Comment