jatuh.cuma.hanya kerana

jatuh.


yang rasanya terawang-awangan
yang sepertinya melayang-layang

cuma

bukan jatuh itu dipinta-pinta
bukan jatuh itu dimahu-mahu

cuma

jatuh itu dibuat-buat
jatuh itu diada-adakan

hanya kerana

semata mahu lari
semata mahu elak

hanya kerana

semata mahu hiburkan--
semata mahu gembirakan--

jiwa yang sedang lara.

hati yang sedang renyuk.

No comments:

Post a Comment